13 July, 2012

Minggu Pusat Sumber Sekolah 2012

02 Julai 2012 - 06 Julai 2012, SEREMBAN- Sepanjang minggu ini Pihak Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah menjalankan satu minggu serentak dengan sambutan Bulan Membaca yang digalakkan oleh KPKK iaitu Minggu Pusat Sumber Sekolah. Sambutan minggu ini merupakan salah satu aktiviti wajib yang dijalankan di SDAR. Selain untuk untuk mempromosikan Pusat Sumber Sekolah, MPSS ini juga bertujuan untuk menggalakkan aktiviti membaca wajar dengan temanya MEMBACA ASAS KEJAYAN BANGSA.

Majlis Perasmian


ISNIN - Majlis Perasmian Minggu Pusat Sumber Sekolah ini telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zakaria Bin Md Zin, Pengetua Cemerlang SDAR. Majlis ini telah diserikan dengan beberapa persembahan. Antaranya, persembahan nyanyian solo oleh Mohamad Haziq Bin Mohamad Aliman dan Kumpulan Nyanyian Koir : Membaca Gaya Wawasan dibawah pimpinan Sdr Haziq Azlan Bin Shamsul Azlan dan Mohammad Hilmi Bin Nordin,. Majlis ini berakhir sekitar jam 8 pagi.

0 comments :

Post a Comment