28 August, 2012

Hari Koperasi 2012

8 Julai 2012 , Isnin - Majlis Perasmian Minggu Koperasi peringkat sekolah telah berlangsung di gelanggang bola keranjang. Aktiviti ini merupakan acara tahunan di SDAR. Minggu koperasi ini, telah diuruskan oleh pihak Lembaga Koperasi Sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak.



     Pada hari tersebut, pelajar dan guru mula berkumpul di gelanggang bola keranjang pada pukul 7.30 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Kebesaran Negeri Sembilan dan lagu sekolah. Perutusan Presiden Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum sempena Bulan Koperasi Negara telah disampaikan oleh Penolong Kanan, Tuan Haji Sahak bin Ahmadun. Selepas itu, Tuan Haji Zakaria bin Md. Zin telah berucap dan merasmikan Minggu Koperasi pada tahun ini. Sempena Hari Koperasi Sekolah, cenderamata turut disampaikan kepada para pelajar melalui setiap ketua tingkatan. Perasmiaan simbolik penanaman pokok turut disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zakaria bin Md. Zin . Majlis tamat pada jam 8.30 pagi.


Pelajar berkumpul


Guru-guru turut bersama-sama memeriahkan majlis

Setiusaha program dan pengacara majlis 

Bacaan perutusan oleh Tuan Hj. Sahak bin Ahmadun


Pengetua merasmikan Hari Koperasi Sekolah 

Penyampaian cenderamata kepada wakil pelajar 

Perasmian simbolik

Pelajar yang terlibat dalam acara menanam pokok.

0 comments :

Post a Comment