Pengenalan

Pengenalan Pusat Sumber Sekolah 
▲ Logo rasmi Perpustakaan SDAR

Bagi meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan, Pusat Sumber Sekolah (PSS) berperanan penting  menyokong keperluan kurikulum dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui penyediaan perkhidmatan akses maklumat dan sumber pendidikan bersepadu dalam pelbagai format  (cetak, bukan cetak  dan digital) bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna (murid dan guru) yang pelbagai.

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang menerajui  pembangunan PSS  mulai tahun  1988, sentiasa komited memastikan  PSS berada dalam keadaan kondusif, diurus secara sistematik dan efisien oleh Guru Perpustakaan dan Media (GPM) yang kompeten bagi mengoptimumkan penggunaan dan pengintegrasian sumber pendidikan.  Pembangunan PSS dilaksanakan dengan tujuan  melahirkan individu bestari  yang berkemahiran abad ke-21 dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat bagi membolehkan mereka menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab,  berdaya tahan dan berdaya saing di samping  dapat  berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju berasaskan maklumat dan pengetahuan.


Kerangka PSS juga merupakan sebahagian daripada rangkaian maklumat/sumber pendidikan sedunia (global information network) serta bersandarkan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini.

0 comments :

Post a Comment