Selamat Datang Ke Blog PSS Sdar

Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Welcome To SDAR SRC Blog

School Resource Center, Dato' Abdul Razak School (High Prestige School First Cohort), Seremban, Negeri Sembilan

Perpustakaan Tun Hussein Onn

Tun Hussein Onn Library

Perasmian Blog PSS

Minggu Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Sekolah Dato' Abdul Razak

22 November, 2012

Salam Maal Hijrah

Add caption

28 August, 2012

Jasamu Dikenang Budimu Disanjung: En. Azlan B. Rahmat


En. Azlan B. Rahmat
(Guru Sekolah Dato Abdul Razak 19XX - 2012)


 2012 - SEREMBAN - Sebuah majlis mengenang jasa seorang guru Sekolah Dato Abdul Razak telah diadakan disini. Kini beliau berkhidmat sebagai seorang usahawan setelah bersara. Beliau merupakan guru Kemahiran Hidup di SDAR.

      Majlis perpisahan itu dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang Tuan Hj. Zakaria b. Md. Zin di dewan Tun Abdul Razak. Majlis diteruskan dengan ucapan guru yang dirai iaitu En. Azlan bin Rahmat. Acara diserikan lagi dengan persembahan nasyid Sekolah Dato' Abdul Razak. Pelajar tingkatan 2 juga turut membuat persembahan koir. Majlis perpisahan itu tamat dengan persembahan multimedia dan penyampaian hadiah kepada beliau daripada wakil setiap tingkatan, persatuan dan rumah sukan.

Ucapan perasmian oleh Tuan Hj. Zakaria b. Md. Zin

Persembahan koir daripada tingkatan 2

Ucapan oleh En. Azlan B. Rahmat

Guru-guru dan pelajar-pelajar berkumpul di dewan


     

Hari Koperasi 2012

8 Julai 2012 , Isnin - Majlis Perasmian Minggu Koperasi peringkat sekolah telah berlangsung di gelanggang bola keranjang. Aktiviti ini merupakan acara tahunan di SDAR. Minggu koperasi ini, telah diuruskan oleh pihak Lembaga Koperasi Sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak.

13 July, 2012

Minggu Pusat Sumber Sekolah 2012

02 Julai 2012 - 06 Julai 2012, SEREMBAN- Sepanjang minggu ini Pihak Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah menjalankan satu minggu serentak dengan sambutan Bulan Membaca yang digalakkan oleh KPKK iaitu Minggu Pusat Sumber Sekolah. Sambutan minggu ini merupakan salah satu aktiviti wajib yang dijalankan di SDAR. Selain untuk untuk mempromosikan Pusat Sumber Sekolah, MPSS ini juga bertujuan untuk menggalakkan aktiviti membaca wajar dengan temanya MEMBACA ASAS KEJAYAN BANGSA.

Pertandingan Akhir Wind Orchestra 2012

1 Julai 2012, PUTRAJAYA - Sebanyak 7 buah sekolah berasrama penuh telah menyertai satu pertandingan yang berprestij di Malaysia yang dianjurkan oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pertandingan Akhir Wind Orchestra FINALE. Pertandingan ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Pertandingan ini dimeriahkan oleh Semua penggiat aktif dan aktivis muzik dari seluruh Malaysia.

02 July, 2012

Hari Olahraga Tahunan SDAR ke 52

23 Jun 2012 , Sabtu - Hari Olahraga Tahunan SDAR (HOTS) ke-52 2012 telah berlangsung di padang SDAR dengan jayanya hari ini. HOTS ke-52 ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak, Tuan Haji Zakaria Bin Md Zin . Manakala majlis penyampaian hadiah dan majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh


Yang Berbahagia Professor Datuk Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan, Timbalan Naib Canselor ( Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alimunii ) Universiti Putra Malaysia

06 June, 2012

Kajian Buku : Talhah Bin Ubaidillah

Talhah Bin Ubaidillah
Tajuk: Talhah bin Ubaidillah
Penulis: Al Ghazali
Terbitan: PTS
Harga: RM24.00


Sinopsis :
Kisah hidup Talhah bin Ubaidillah. Beliau adalah antara 10 sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan syurga.


05 June, 2012

Jasamu Dikenang Budimu Disanjung : Encik Azimi Bin Md Zin


Encik Azimi Bin Md Zin
(Ketua Panitia Geografi)

Majlis Sambutan Hari Guru 2012

23 April 2012 (Rabu) SEREMBAN - Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi sesi 2012. Majlis ini telah dijalankan bagi menyambut Hari Guru ( 16 Mei 2012 ) yang telah lepas bagi mengenang jasa guru-guru yang banyak mengorbankan keringat bagi meningkatkan prestasi pendidikan warga pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak. Tema pakaian guru sewaktu majlis berlangsung ialah BLACK ROSES yang mengenakan pakaian berwarna merah hitam. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zakaria Bin Md Zin, Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak. Majlis turut diserikan dengan kedatangan Yang Berbahagia Tuan Ramly Al-Haj Bin Khairuddin. Selepas majlis selesai terdapat satu permainan yang diadakan iaitu pertandingan Running Teachers yang diambil cara permainan daripada rancangan realiti telivisyen Running Man yang kian terkenal pada hari ini.

26 May, 2012

Selamat Bercuti



Pusat Sumber Sekolah Dato' Abdul Razak
mengucapkan

Selamat Bercuti

kepada
semua warga Sekolah Dato' Abdul Razak

sempena
Cuti Semester kedua Penggal Ketiga.

11 May, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Seluruh warga kerja


Pusat Sumber Sekolah
Sekolah Dato' Abdul Razak 2012

mengucapkan

Selamat Menghadapi
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

kepada
semua pelajar
Sekolah Dato' Abdul Razak  

05 May, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012

27 April 2012 (Jumaat) SEREMBAN - Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan sebuah aktivivti tahunan sekolah iaitu Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012. Majlis diadakan khas untuk meraikan para pelajar yang berjaya mencapai tahap Cemerlang dalam PMR, SPM dan peperiksaan bahasa antarabangsa. Guru-guru yang telah berhempas pulas mengajar pelajar-pelajar ini turut diraikan bersama. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Datuk Abdul Halim Bin Abdul Razak. Majlis itu juga dihiburkan oleh pasukan SDAR WOC (Wind Orchestra), persembahan pencak silat ,pasukan choral speaking (yang memenangi pertandingan chorla speaking minggu bahasa) dan pasukan kompang.

04 May, 2012

Kajian Buku : Dia Segalanya



Tajuk : Dia Segalanya
Penulis : Sha Ibrahim
Harga : RM 37.00
Penerbit : Kaki Novel
Sinopsis :
Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.
Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.
Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.
Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.
Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?
Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….



28 April, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Jom Pergi

Kajian Buku :HARRY POTTER DENGAN BANDUAN AZKABAN



Tajuk : Harry Potter dengan Banduan Azkaban 
Penulis : J.K. Rowling

Harga :  RM 17.91 
Penerbit : Penerbitan Pelangi Sdn Bhd

Bahasa : Malaysia
Sinopsis :


SELAMA DUA BELAS TAHUN, Penjara Azkaban, sebuah kota kubu sihir yang mengerunkan, telah memenjarakan banduan paling kejam, Sirius Black. Ahli sihir itu, yang dikatakan penyokong kuat Raja Kuasa Jahat, Lord Voldemort, telah berjaya melarikan diri dari penjara...

Kajian Buku : Jutawan Gedik



Tajuk : Jutawan Gedik
Pengarang : Ain Maisarah 
Penerbit : Blink Book Sdn Bhd
Harga : RM 15.20
Sinopsis : 

Kelab Jutawan Sri Bangsar? Wow! Ekslusifnya nama kelab terbaru yang ditubuhkan di Sekolah Sri Bangsar! Membuatkan semua berbisik teruja. Mesti sertai kelab baru yang cool bunyinya!
Tidak ketinggalan sibuk mahu turut serta tentulah kumpulan The Wannababes. Yalah, siapa lagi yang layak digelar jutawan jika bukan mereka bertujuh? Mereka sememangnya tujuh pelajar paling kaya dan paling bergaya di seluruh antero sekolah. Selayaknya mereka dilantik jadi teraju utama!
Sewaktu pertemuan pertama, misi kelab diterangkan dengan lebih terperinci. Kelab Jutawan Sri Bangsar sebenarnya penjenamaan baru bagi Kelab Usahawan. Kelab yang mahu mendidik ahlinya berniaga. Berusaha sendiri mendapatkan kewangan supaya nanti boleh bergelar jutawan berjaya.
Sebaik mendengar misi bosan lagi skema itu, tujuh The Wannababes serentak bangun angkat kaki. Urgh! Mereka tidak mahu sertai Kelab Usahawan. Bosan, tidak trendi dan tidak minat mahu berniaga sendiri! Lagipun mengapa perlu bersusah-payah? Mereka sudah dilahirkan dalam keluarga kaya-raya. Tidak perlu kerja pun tidak mengapa! Tiada class jika disuruh berniaga!
Kelakuan The Wannababes membangkitkan rasa marah ahli-ahli lain. Membuatkan guru penasihat kelab itu sendiri mencabar mereka. Mesti jadi jutawan dengan usaha sendiri, bukan dengan duit ibubapa!
Kata-kata cabaran itulah memulakan segalanya. Satu tugasan diberi kepada semua. Misi mencapai RM1 juta menjadi matlamat utama. Buatlah apa cara sekalipun. Asalkan dengan usaha sendiri mencapai RM1 juta.



Kajian Buku : Aduhai Cinta



Pengarang :  Samsiah Mohd Noor
Tajuk :  Aduhai Cinta
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM 18.90
Sinopsis Buku : 


“Aduhai Cinta… apa ada padamu?” Itulah keluhan Suri Abadi. Dia tidak Nampak cinta bersama Hermand, apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yang kaku dan kelu itu. Untuk rindu, jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan gemar memungkiri janji.

Namun, bunga-bunga cinta mulai mewarnai hidup si gadis apabila dia bertemu dengan Fard Fahim yang memiliki sifat romantik dan penyayang. Fard Fahim hadir bersama wangian mawar putih yang sentiasa mengiringi pertemuan mereka. Suri Abadi nampak cinta di mana-mana. Kehadiran Fard Fahim mengindahkan dunia cintanya yang suram selama ini. Dia mula hanyut menyulam mimpi dan harap an bersama lelaki itu.

Masalah melanda dan malang datang bertimpa-timpa. Di saat Suri Abadi begitu memerlukan Fard Fahim untuk berkongsi duka, lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Kerana kecewa, Suri Abadi berkahwin de ngan Hermand. Fard Fahim muncul kembali sewaktu Hermand berubah pada karakter lamanya. Sekali lagi cinta Suri dan Fard berputik. Sebagai isteri orang, mampukah Suri Abadi menepis cinta Fard Fahim yang pernah bertakhta di hati? Bertahankah rumah tangga Suri Abadi bersama Hermand? ADUHAI CINTA... berikan aku jawapannya.

24 April, 2012

Program Jaringan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield

Program Jaringan : Sekolah Menengah Kebangsaan Seafields

19 April 2012 (Khamis), satu program jaringan telah diadakan buat pertama kalinya dengan SMK Seafield, Subang Jaya. Program ini diharapkan akan menjadikan titik permulaan kepada kerjasama antara kedua-dua buah sekolah. Program ini disertai oleh 3 orang guru bersama dengan 28 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ahli Persatuan Sejarah. Antara guru yang terlibat ialah guru Hasmahan Binti Abd Rahman, Pn Fatimah Binti Ab Rahim dan Pn Zalita Bt Md Lasim.

OBJEKTIF :
  • Membawa  pelajar  melawat sekolah yang  lain sebagai penanda aras.
  • Menjalinkan persahabatan yang muhibbah, perkongsian ilmu dan bertukar idea antara kedua-dua pihak
  • Meningkatkan konsep kendiri para pelajar yang bergelar pemimpin
  • Pendedahan kepada pelajar kepada masyarakat luar dan meningkatkan kemahiran sosial pelajar.
Gambar ketika Lawatan:-

Panorama SMK Seafield

Bergambar di dataran sekolah

Lawatan sekitar SMKS

 Peserta program



Model di Galeri Sejarah

Presiden Persatuan Sejarah SDAR dan SMK Seafield

Penerangan kepada guru guru

Sudut Sejarah Seafield

.....

Patung yang mempamerkan baju etnik - etnik di Malaysia

"Galeri Sejarah"

 Guru-guru menjamu selera

Makan dan makan

 Ahli rombongan tingkatan lima

...


Cenderamata daripada SDAR untuk SMK Seafield


Selamat Tinggal SMK Seafield

Program Jalinan Di Arkib Negara

PROGRAM JALINAN : ARKIB NEGARA



19 April 2012 (Khamis), satu program jalinan telah diadakan antara SDAR dengan Arkib Negara Malaysia. Program jalinan ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan kerjasama dan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. Program ini secara tidak langsung dapat mendedahkan pelajar dengan sumber-sumber pensejarahan yang terdapat di dalam negara kita di samping menjana idea pelajar tentang sejarah negara kita.


RASIONAL


Program ini amat penting untuk perkembangan ilmu seseorang murid. Usaha memberikan pendedahan kepada murid tentang maklumat yang berkaitan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan sumber warisan Negara kita seterusnya mendorong golingan ini menjadi golongan yang menghargai sejarah Negara dan bangsanya sendiri. Ini adalah salah satu cara untuk membentuk jati diri dalam diri pelajar selaras dengan perkembangan negara masa kini. Malah program ini dapat mendukung dan merealisasikan aspirasi negara menuju Wawasan 2020.


OBJEKTIF


2.1  Meningkatkan konsep kendiri para pelajar yang bergelar pemimpin.
2.2  Membantu pelajar memahami pemeliharaan dan pemuliharaan sumber sejarah dibuat.
2.3  Membentuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan menjaga warisan bangsa dan negara kita
2.4  Menjana perkembangan emosi, rohani, intelek dan jasmani di kalangan pelajar secara positif.


Sepanjang program ini dilaksanakan, layanan yang diberikan oleh pihak arkib amat baik. Setelah sampai sahaja di arkib, barisan SDAR telah disambut oleh pegawai arkib iaitu Datin Mahizah Bt Abd Malik dan Pn Shazana. Jamuan pagi disediakan kepada pelajar SDAR di kafetaria. Selesai bersarapan, pelajar dipertontonkan dengan video mengenai darurat dan kubu hutan. Mini kuiz diadakan dan ramai pelajar berebut memberi jawapan termasuklah Pn Zalita yang merupakan peserta pertama yang menjawab soalan kuiz. (kuiz untuk guru ke atau untuk pelajar?) kemudiannya pelajar dibawa melihat demontrasi bagaimana sesebuah bahan dibaikpulih dan disimpan. Setelah selesai, pelajar dibawa ke Dewan penyelidikan dan diberi penerangan oleh En Faiz Bin Ismail. Pelajar turut melawat perpustakaan di dalam bilik penyelidikan tersebut. Akhir sekali, majlis penyampaian cenderamata antara kedua-dua pihak dijalankan sebagai penghargaan kepada pihak arkib yang banyak membantu pelajar SDAR dalam menjalankan penyelidikan pada tahun-tahun sebelum ini dan diharapkan lawatan ini sebagai satu titik permulaan kepada kerjasama yang akan datang.


Berikut gambar - gambar ketika lawatan
Menaiki bas

Berjalan menuju ke Menu Utama Arkib

Menjamu selera di Kafeteria

Sesi penerangan oleh YB Datin Mahizah


Ahli rombongan di  Auditori Arkib Negara


Sesi Tayangan Dokumentari Sejarah "DARURAT" & "KUBU HUTAN" 


Sesi Kuiz 


 Antara pelajar yang menerima cenderamata
Demonstrasi Menyimpan Bahan Lama

Zulfadhli mencuba

 Sesi Penutupan


Sumbangan kepada Arkib Negara

Sumbangan kepada SDAR

Bergambar di hadapan papan tanda Dewan Penyelidikan

 Selamat Tinggal Arkib Negara