Selamat Datang Ke Blog PSS Sdar

Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Welcome To SDAR SRC Blog

School Resource Center, Dato' Abdul Razak School (High Prestige School First Cohort), Seremban, Negeri Sembilan

Perpustakaan Tun Hussein Onn

Tun Hussein Onn Library

Perasmian Blog PSS

Minggu Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Sekolah Dato' Abdul Razak

28 April, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Jom Pergi

Kajian Buku :HARRY POTTER DENGAN BANDUAN AZKABAN



Tajuk : Harry Potter dengan Banduan Azkaban 
Penulis : J.K. Rowling

Harga :  RM 17.91 
Penerbit : Penerbitan Pelangi Sdn Bhd

Bahasa : Malaysia
Sinopsis :


SELAMA DUA BELAS TAHUN, Penjara Azkaban, sebuah kota kubu sihir yang mengerunkan, telah memenjarakan banduan paling kejam, Sirius Black. Ahli sihir itu, yang dikatakan penyokong kuat Raja Kuasa Jahat, Lord Voldemort, telah berjaya melarikan diri dari penjara...

Kajian Buku : Jutawan Gedik



Tajuk : Jutawan Gedik
Pengarang : Ain Maisarah 
Penerbit : Blink Book Sdn Bhd
Harga : RM 15.20
Sinopsis : 

Kelab Jutawan Sri Bangsar? Wow! Ekslusifnya nama kelab terbaru yang ditubuhkan di Sekolah Sri Bangsar! Membuatkan semua berbisik teruja. Mesti sertai kelab baru yang cool bunyinya!
Tidak ketinggalan sibuk mahu turut serta tentulah kumpulan The Wannababes. Yalah, siapa lagi yang layak digelar jutawan jika bukan mereka bertujuh? Mereka sememangnya tujuh pelajar paling kaya dan paling bergaya di seluruh antero sekolah. Selayaknya mereka dilantik jadi teraju utama!
Sewaktu pertemuan pertama, misi kelab diterangkan dengan lebih terperinci. Kelab Jutawan Sri Bangsar sebenarnya penjenamaan baru bagi Kelab Usahawan. Kelab yang mahu mendidik ahlinya berniaga. Berusaha sendiri mendapatkan kewangan supaya nanti boleh bergelar jutawan berjaya.
Sebaik mendengar misi bosan lagi skema itu, tujuh The Wannababes serentak bangun angkat kaki. Urgh! Mereka tidak mahu sertai Kelab Usahawan. Bosan, tidak trendi dan tidak minat mahu berniaga sendiri! Lagipun mengapa perlu bersusah-payah? Mereka sudah dilahirkan dalam keluarga kaya-raya. Tidak perlu kerja pun tidak mengapa! Tiada class jika disuruh berniaga!
Kelakuan The Wannababes membangkitkan rasa marah ahli-ahli lain. Membuatkan guru penasihat kelab itu sendiri mencabar mereka. Mesti jadi jutawan dengan usaha sendiri, bukan dengan duit ibubapa!
Kata-kata cabaran itulah memulakan segalanya. Satu tugasan diberi kepada semua. Misi mencapai RM1 juta menjadi matlamat utama. Buatlah apa cara sekalipun. Asalkan dengan usaha sendiri mencapai RM1 juta.



Kajian Buku : Aduhai Cinta



Pengarang :  Samsiah Mohd Noor
Tajuk :  Aduhai Cinta
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Harga : RM 18.90
Sinopsis Buku : 


“Aduhai Cinta… apa ada padamu?” Itulah keluhan Suri Abadi. Dia tidak Nampak cinta bersama Hermand, apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yang kaku dan kelu itu. Untuk rindu, jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan gemar memungkiri janji.

Namun, bunga-bunga cinta mulai mewarnai hidup si gadis apabila dia bertemu dengan Fard Fahim yang memiliki sifat romantik dan penyayang. Fard Fahim hadir bersama wangian mawar putih yang sentiasa mengiringi pertemuan mereka. Suri Abadi nampak cinta di mana-mana. Kehadiran Fard Fahim mengindahkan dunia cintanya yang suram selama ini. Dia mula hanyut menyulam mimpi dan harap an bersama lelaki itu.

Masalah melanda dan malang datang bertimpa-timpa. Di saat Suri Abadi begitu memerlukan Fard Fahim untuk berkongsi duka, lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Kerana kecewa, Suri Abadi berkahwin de ngan Hermand. Fard Fahim muncul kembali sewaktu Hermand berubah pada karakter lamanya. Sekali lagi cinta Suri dan Fard berputik. Sebagai isteri orang, mampukah Suri Abadi menepis cinta Fard Fahim yang pernah bertakhta di hati? Bertahankah rumah tangga Suri Abadi bersama Hermand? ADUHAI CINTA... berikan aku jawapannya.

24 April, 2012

Program Jaringan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield

Program Jaringan : Sekolah Menengah Kebangsaan Seafields

19 April 2012 (Khamis), satu program jaringan telah diadakan buat pertama kalinya dengan SMK Seafield, Subang Jaya. Program ini diharapkan akan menjadikan titik permulaan kepada kerjasama antara kedua-dua buah sekolah. Program ini disertai oleh 3 orang guru bersama dengan 28 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ahli Persatuan Sejarah. Antara guru yang terlibat ialah guru Hasmahan Binti Abd Rahman, Pn Fatimah Binti Ab Rahim dan Pn Zalita Bt Md Lasim.

OBJEKTIF :
  • Membawa  pelajar  melawat sekolah yang  lain sebagai penanda aras.
  • Menjalinkan persahabatan yang muhibbah, perkongsian ilmu dan bertukar idea antara kedua-dua pihak
  • Meningkatkan konsep kendiri para pelajar yang bergelar pemimpin
  • Pendedahan kepada pelajar kepada masyarakat luar dan meningkatkan kemahiran sosial pelajar.
Gambar ketika Lawatan:-

Panorama SMK Seafield

Bergambar di dataran sekolah

Lawatan sekitar SMKS

 Peserta program



Model di Galeri Sejarah

Presiden Persatuan Sejarah SDAR dan SMK Seafield

Penerangan kepada guru guru

Sudut Sejarah Seafield

.....

Patung yang mempamerkan baju etnik - etnik di Malaysia

"Galeri Sejarah"

 Guru-guru menjamu selera

Makan dan makan

 Ahli rombongan tingkatan lima

...


Cenderamata daripada SDAR untuk SMK Seafield


Selamat Tinggal SMK Seafield

Program Jalinan Di Arkib Negara

PROGRAM JALINAN : ARKIB NEGARA



19 April 2012 (Khamis), satu program jalinan telah diadakan antara SDAR dengan Arkib Negara Malaysia. Program jalinan ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan kerjasama dan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. Program ini secara tidak langsung dapat mendedahkan pelajar dengan sumber-sumber pensejarahan yang terdapat di dalam negara kita di samping menjana idea pelajar tentang sejarah negara kita.


RASIONAL


Program ini amat penting untuk perkembangan ilmu seseorang murid. Usaha memberikan pendedahan kepada murid tentang maklumat yang berkaitan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan sumber warisan Negara kita seterusnya mendorong golingan ini menjadi golongan yang menghargai sejarah Negara dan bangsanya sendiri. Ini adalah salah satu cara untuk membentuk jati diri dalam diri pelajar selaras dengan perkembangan negara masa kini. Malah program ini dapat mendukung dan merealisasikan aspirasi negara menuju Wawasan 2020.


OBJEKTIF


2.1  Meningkatkan konsep kendiri para pelajar yang bergelar pemimpin.
2.2  Membantu pelajar memahami pemeliharaan dan pemuliharaan sumber sejarah dibuat.
2.3  Membentuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan menjaga warisan bangsa dan negara kita
2.4  Menjana perkembangan emosi, rohani, intelek dan jasmani di kalangan pelajar secara positif.


Sepanjang program ini dilaksanakan, layanan yang diberikan oleh pihak arkib amat baik. Setelah sampai sahaja di arkib, barisan SDAR telah disambut oleh pegawai arkib iaitu Datin Mahizah Bt Abd Malik dan Pn Shazana. Jamuan pagi disediakan kepada pelajar SDAR di kafetaria. Selesai bersarapan, pelajar dipertontonkan dengan video mengenai darurat dan kubu hutan. Mini kuiz diadakan dan ramai pelajar berebut memberi jawapan termasuklah Pn Zalita yang merupakan peserta pertama yang menjawab soalan kuiz. (kuiz untuk guru ke atau untuk pelajar?) kemudiannya pelajar dibawa melihat demontrasi bagaimana sesebuah bahan dibaikpulih dan disimpan. Setelah selesai, pelajar dibawa ke Dewan penyelidikan dan diberi penerangan oleh En Faiz Bin Ismail. Pelajar turut melawat perpustakaan di dalam bilik penyelidikan tersebut. Akhir sekali, majlis penyampaian cenderamata antara kedua-dua pihak dijalankan sebagai penghargaan kepada pihak arkib yang banyak membantu pelajar SDAR dalam menjalankan penyelidikan pada tahun-tahun sebelum ini dan diharapkan lawatan ini sebagai satu titik permulaan kepada kerjasama yang akan datang.


Berikut gambar - gambar ketika lawatan
Menaiki bas

Berjalan menuju ke Menu Utama Arkib

Menjamu selera di Kafeteria

Sesi penerangan oleh YB Datin Mahizah


Ahli rombongan di  Auditori Arkib Negara


Sesi Tayangan Dokumentari Sejarah "DARURAT" & "KUBU HUTAN" 


Sesi Kuiz 


 Antara pelajar yang menerima cenderamata
Demonstrasi Menyimpan Bahan Lama

Zulfadhli mencuba

 Sesi Penutupan


Sumbangan kepada Arkib Negara

Sumbangan kepada SDAR

Bergambar di hadapan papan tanda Dewan Penyelidikan

 Selamat Tinggal Arkib Negara

Kajian Buku : Zubair Bin Awwam



Pengarang : Al -Ghazali Sulaiman
Tajuk : Zubair Bin Awwam Pengiring Nabi
Penerbit : PTS Publication
Harga : RM 21.25
Sinopsis Buku :

Sebuah karya Al Ghazali Sulaiman yang menceritakan kepahlawanan seorang pemuda dari keturunan Bani Saad. Zubair bin Awwam, anak kepada Awwam bin Khuwailid yang merupakan seorang pejuang hebat pada masa itu.
Di besarkan tanpa kasih sayang seorang bapa, namun ianya tidak menghalang Zubair bin Awwam berjuang bersama-sama baginda Rasulullah hingga akhir hayat baginda.
Kehidupan kecilnya di sulami dengan kehidupan yang sukar. Selepas di ketahui orang ramai bahawa beliau dan ibunya, Saffiyyah binti Abdul Mutalib memeluk Islam, bapa saudaranya Naufal bin Khuwailid yang di gelar singa Quraisy merupakan individu yang tidak dapat menerima hakikat dan terlalu sukar mempercayainya lantas di seksa di hadapan orang ramai.
Namun, keazaman dan keteguhan iman yang dimiliki Zubair, membuatkan Abu Bakar As-Sidiq kagum lalu menawarkan puteri beliau, Asma’ binti Abu Bakar untuk dinikahinya. 
Perjuangan menegakkan Islam bersama Rasulullah bermula di zaman mudanya lagi. Dengan keberanian dan ketangkasan dimiliki, beliau sering di beri kepercayaan baginda untuk menjadi watak penting dalam beberapa siri peperangan.
Ketokohan dan kebijaksanaan dalam peperangan membuatkan beliau disanjungi kawan dan dihormati pihak lawan. Namun, sedikitpun tidak menggoyahkan imannya untuk terus berjuang bersama Rasulullah bagi menegakkan kebenaran.
Selepas kewafatan Rasulullah, sistem pemerintahan bertukar tangan kepada sahabat. Dengan cabaran dan dugaan dihadapi oleh mereka semasa memerintah, namun ianya dapat di selesaikan dengan baik.
Zaman keruntuhan perpaduan sesama Islam selepas era kegemilangan Islam dalam menakluk dan memerintah dengan adil kelihatan seperti mula berlaku. Dengan niat jahat, dendam kesumat dan tipu muslihat Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam, di lihat bejaya memecah tembok perpaduan orang-orang Islam dan di lihat punca titik-titik awal perpecahan di kalangan orang-orang Islam.
Novel sejarah Islam ini banyak mengupas sejarah dan kisah-kisah perjuangan para sahabat ketika era perperangan bersama Rasulullah. Ayuh, kenali Zubair dengan lebih dekat.

20 April, 2012

Daulat Tuanku

Tahniah

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung XIV
Al Sultan Al Mu'tasimu Billahi Muhibuddin
Tuanku Al Haj Abdul Halim Mua'dzam Shah
Ibni Al Marhum Sultan Badlishah

dan

Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong
Tuanku Hajjah Haminah Binti Hamidun

atas Pemahsyuran sebagai 

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XIV

dan

DYMM Seri Paduka Raja Pemaisuri Agong XIV 

pada

11 April 2012 bersamaan 19 Jamadilawal 1433H

di

Istana Negara,
Jalan Duta,
Kuala Lumpur

daripada

Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban

Pusat Sumber Sekolah Dato' Abdul Razak

09 April, 2012

Minggu Sains & Matematik 2012


06 APRIL 2012 - SEREMBAN- Pada 02 April 2012 hingga 06 April 2012 guru- guru bidang Sains dan Matematik  Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan minggu Sains dan Matematik. Aktiviti ini merupakan acara tahunan di SDAR. Pada hari Isnin, 02 April 2012 upacara perasmian telah diadakan di Dataran Bestari . Upacara ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Zakaria Bin Md Zin, Pengetua Cemerlang Sekolah Dato ' Abdul Razak dengan jayanya. Pada sebelah petang, pertandingan sudoku telah dijalankan. Pertandingan ini terbuka kepada setiap tingkatan dan telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

             Pada hari yang berikutnya , sebanyak dua pertandingan telah dijalankan pada sebelah petang. Pertandingan yang telah dijalankan ialah pertandingan kuiz olympiad dan icas.Pertandingan ini juga telah dibuka kepada setiap tingkatan.Pertandingan ini dijalankan untuk menguji pelajar SDAR dalam pengatahuan matematik.Setelah dua hari minggu Sains dan Matematik berlalu,pada hari Rabu banyak pertandingan yang telah dijalankan. Antaranya, pertandingan Solar Boat , Solar Car , (EEC), Science Show, Pameran Sains dan Pelancaran Roket.Selain itu juga, pada hari tersebut banyak pelajar dan guru dari sekolah rendah telah datang ke SDAR untuk menyaksikan sendiri minggu Sains dan Matematik di SDAR. Lawatan dari sekolah rendah ini juga telah memberi peluang kepada pelajar SDAR untuk menonjolkan kebolehan diri dalam aspek  penyampaian  apabila bertemu dengan orang luar.

             Pada hari seterusnya, pertandingan yang tidak selesai telah bersambung. Kini tibalah hari yang mendebarkan bagi pelajar SDAR yang mengambil bahagian kerana keputusan akan diumumkan. Setelah mendapat hadiah yang disampaikan oleh pengetua para pemenang  berasa gembira kerana telah menggondol hadiah yang diinginkan. Berakhirnya penyampaian hadiah maka berakhirlah minggu Sains dan Matematik SDAR bagi tahun 2012.

           Sekalung apresiasi buat ayahanda tercinta, Tuan Haji Zakar ia Bin Md Zin, Tuan Pengetua Cemerlang kerana telah memberi banyak dorongan dan sokongan sepanjang MS&M ini berlansung. Tidak lupa juga, Puan Hajjah Haslina Binti Haji Mohd Ali, Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik kerana telah bertungkus lumus mengelolakan minggu ini. Bagi, guru-guru bidang sains, tahniah kerana dapat menjayakan minggu ini dengan sempruna.

Tuan Haji Sahak Bin Ahmadun turut turun padang

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket


Ekzibisi Sains Kimia


Pertandingan EEC


Upacara penyampaian hadiah

Majulah Sains dan Teknologi Ke Arah Masa Hadapan Yang Sejahtera