Selamat Datang Ke Blog PSS Sdar

Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Welcome To SDAR SRC Blog

School Resource Center, Dato' Abdul Razak School (High Prestige School First Cohort), Seremban, Negeri Sembilan

Perpustakaan Tun Hussein Onn

Tun Hussein Onn Library

Perasmian Blog PSS

Minggu Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Sekolah Dato' Abdul Razak

22 February, 2012

Jasamu DIkenang Budimu Disanjung : Cik Mariana Binti Najmudin (Mantan Guru Perpustakaan Dan Media 2005 - 2011)

Mariana Binti Najmuddin
(Guru Sekolah Dato Abdul Razak 2000 - 2011)
(Guru Perpustakaan Dan Media 2005 - 2011)

03 FEBRUARI 2012 - SEREMBAN - Sebuah majlis mengenang jasa seorang guru Sekolah Dato Abdul Razak telah diadakan disini. Beliau juga merupakan Guru Perpustakaan dan Media yang telah banyak menyumbang jasa dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah selama ini. Kini beliau berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran ( Guru Ketua Bidang Bahasa ) di Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor .

Majlis ini telah diadakan dengan gilang gemilang bagi menghormati segala pengorbanan yang telah beliau sumbangkan selama satu dekad di bumi SDAR ini. Majlis penghargaan kepada guru PMR juga dijalankan serentak sebelum Majlis ini. Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung ini juga turut menyambut perpindahan Ustza Zaidi Bin Hussin dan Puan Norlinda Binti Nordin

"Inilah mungkin kali perama dan terakhir sensei jadi VIP kat dalam dewan Tun Abdul Razak ni" Ungkapan awal yang diberikan ketika beliau menyampaikan ucapannya. Pelbagai kata - kata nasihat yang diluahkan beliau sebagai penguat semangat bagi individu atau kumpulan yang kehilangannya. Katanya kalau dah lama tak naik basikal bila kita cuba nak naik kita pasti rasa kekok. Hal ini disebut kerana beliau terpaksa menerima bebanan mengajar matapelajaran bahasa melayu yang bukan dalam bidangnya.

Selepas mendengar ucapan beliau, satu montaj ditayngkan. Tayngan itu mengandungi kata kata rakan rakan guru beliau . Selepas itu majis dihiburkan dengan nyanyian Cik Shazreen Binti Azmi dan Mohamad Haziq Aliman dengan lagu Perpisahan ini. Penyampaiannya agak begitu Syahdu kerana Miss Shazrenn merupakan kawan rapat Sensei di SDAR. Seterusnya, sesi penyampaian hadiah berlansung. Setiap organisasi meringankan tangan memberi hadiah buat kenang kenangan beliau. Majlis itu ditutup dengan nyanyian Lagu Mirae yang menyentuh hati beliau sehingga basah tudung beliau dengan air mata kegembiraan

Gambar Sekitar Majlis Berlansung 

Background Majlis


Sensei di kerusi VIP

Ucapan yang menyentuh hati

Air mata yang penuh makna.

Arigatou Gozaimasu Sensei
Sayonara !!!

21 February, 2012

Salam Mahabbah

Puan Zalita Binti Md Lassim

Pada Tahun ini Pusat Sumber Sekolah Dato Abdul Razak telah dipekenalkan dengan seorang guru  berpengalaman  yang akan bertugas sebagai Guru Perpustakaan Media bagi sesi 2012. Beliau merupakan bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Paul, Seremban. Beliau telah berkhidma disana selama 15 tahun. Semoga beliau dipermudahkan bertugas di Sekolah Dato Abdul Razak kini.

Salam Mahabbah

09 February, 2012

Kajian Buku: Kisah Teladan Asiyah, Balqis dan Zulaikha


Pengarang    : Ahmad Jadd
Tajuk           : Kisah Teladan : Aisyah, Balqis & Zulaikha
Penerbit       : Pustaka Jasmin
Pengkelasan : 200 Agama
Sinopsis       :  Buku ini mengisahkan bagaimana keadaan manita sebelum datangnya agama Islam. Buku ini
                       diperkuatkan dengan dalil daripada petikan Al-Quran yang menceritakan bagaimana  wanita
                       ditindas dan diperhambakan. Ayat -ayat Al-quran yang di sebut di dalam buku ini juga
                       menyatakan bagaimana Islam memuliakan kau.
                       Asiyah yang merupakan isteri Firaun turut dimuliakan di dalam Al-Quran kerana Asiyahlah
                        yang menyelamatkan nabi Musa daripada lemas di sungai nil.
       
                 Buku ini juga menceritakan kisah hidup Balqis dan Zulaikha.
   

PENDAPAT: SAYA RASA BUKU INI PERLU MEMPUNYAI ILLUSTRASI AGAR TIDAK
                      MEMBOSANKAN PEMBACA.

Penialian        : ***