Selamat Datang Ke Blog PSS Sdar

Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Welcome To SDAR SRC Blog

School Resource Center, Dato' Abdul Razak School (High Prestige School First Cohort), Seremban, Negeri Sembilan

Perpustakaan Tun Hussein Onn

Tun Hussein Onn Library

Perasmian Blog PSS

Minggu Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Sekolah Dato' Abdul Razak

05 November, 2013

Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung : Tn Hj Zakaria Bin Md Zin ( Mantan Pengetua Cemerlang 2010-2013)


Tn Hj Zakaria Bin Md Zin
Pengetua Cemerlang  Sekolah Dato' Abdul Razak 
2010-2013


29 OKTOBER 2013 - SEREMBAN - Sebuah majlis mengenang jasa seorang guru Sekolah Dato Abdul Razak telah diadakan di sini.Beliau juga merupakan seorang Pengetua Cemerlang SDAR yang telah banyak menyumbang jasa dalam bidang pembangunan SDAR sehingga SDAR berjaya mencapai pelbagai anugerah dan pencapaian sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.Walaupun beliau sibuk dengan urusan pentadbiran sekolah , beliau tidak pernah lupa untuk sentiasa mengingati pelajar SDAR mengenai hal semasa.Mengajar subjek Matematik, beliau sentiasa memberikan yang terbaik buat anak didiknya.

Majlis ini telah diadakan dengan gilang gemilang bagi menghormati segala pengorbanan yang telah beliau sumbangkan selama empat tahun di bumi SDAR ini.Pelbagai kata - kata nasihat yang diluahkan beliau sebagai penguat semangat bagi individu atau kumpulan yang kehilangannya.

Selepas mendengar ucapan beliau, satu montaj ditayangkan. Tayangan itu mengandungi kata kata rakan rakan guru beliau . Seterusnya,majlis disyahdukan lagi dengan persembahan nyanyian oleh dua orang pelajar tingkatan 5 yang berduet bersama Cik Shazreen.Seterusnya, sesi penyampaian hadiah berlangsung. Setiap organisasi meringankan tangan memberi hadiah buat kenang kenangan beliau.Majlis ditutup dengan kejutan pasukan sorak pelajar tingkatan empat dengan tema Boys of Gadut.
Perarakan masuk Tuan Pengetua
Tuan Pengetua di kerusi VIP
Ucapan Terakhir oleh Tuan Pengetua
SDAR Symphonic Band yang mengiringi lagu "Lagenda" dan "Bertemu Dan Berpisah"
Nyanyian lagu Lagenda oleh pelajar tingkatan 5
Majlis diakhiri dengan Tuan Pengetua dijemput oleh Boys Of Gadut untuk berarak keluar
Goodbye HM



Selamat Bersara HM!!










Selamat Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia


Pihak Pusat Sumber Sekolah Dato' Abdul Razak
mengucapkan
Selamat Maju Jaya
kepada
semua Ahli Pengawas PSS SDAR, Semua Pelajar Ting. 5 SDAR dan semua yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2013.

sebagai renungan berikut merupakan antara tips sebelum menjawab peperiksaan

1.

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2.

Tenang dan percayakan diri sendiri

Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3.

Bersantailah tapi berhati-hati

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4.

Preview soalan-soalan terlebih dahulu

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5.

Jawab soalan secara strategik

Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

  • soalan paling sukar,

  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,

  • mempunyai markah sedikit .

6.

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9.

Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10.

Analisa jawapan anda



11.

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T