02 July, 2012

Hari Olahraga Tahunan SDAR ke 52

23 Jun 2012 , Sabtu - Hari Olahraga Tahunan SDAR (HOTS) ke-52 2012 telah berlangsung di padang SDAR dengan jayanya hari ini. HOTS ke-52 ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak, Tuan Haji Zakaria Bin Md Zin . Manakala majlis penyampaian hadiah dan majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh


Yang Berbahagia Professor Datuk Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan, Timbalan Naib Canselor ( Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alimunii ) Universiti Putra Malaysia



HOTS ke-52 dimulakan dengan perbarisan masuk kontijen-kontijen yang mengambil bahagian yang terdiri daripada pasukan rumah sukan dan pasukan badan beruniform. Kemudian bendera kejohanan telah diarak masuk ke padang oleh 4 orang wakil setiap rumah dengan diketuai oleh Ketua Pelajar SDAR, Muhamad Hazman Bin Hamidon . Tema HOTS tahun ini ialah HOTS IN EURO dan setiap rumah sukan telah memilih negara pasukan bola masing-masing. Rumah-rumah sukan dan perbarisan rumah sukan adalah mengikut tema Superhero yang dipilih. Rumah Syahbandar telah dipilih sebagai Johan Perbarisan Antara Rumah dengan Pilihan Negara Perancis . Manakala Johan Hiasan Rumah Sukan dimenangi oleh Rumah Bendahara dengan Tema negara Ukraine . Pasukan Bomba telah memenangi Johan Perbarisan Badan Beruniform dan pasukan Bulan Sabit Merah berjaya mendapat tempat ketiga

Acara balapan telah bermula pada jam 8:30 pagi. Acara-acara akhir balapan yang dipertandingkan semasa HOTS ini ialah 100m (untuk semua kelas: Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3), 200m, 400m, 4 x 400m dan 4 x 100m. Turut dipertandingkan ialah acara istimewa iaitu 4 x 100m kategori heavyweight (80kg dan lebih) dan acara larian bagi guru dan staff serta jemputan SDARA.

HOTS ke-52 ini telah menyaksikan penguasaan oleh Rumah Temenggung sebagai Johan Keseluruhan.

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan HOTS ke-52 2012.

Berikut Gambar Sekitar HOTS 2012
HAZMAN mengetuai kawad

Kawad Laksamana

Kawad Temenggung

Kawad Syahbandar

Kawad BSMM yang diketuai oleh YDP BSMM SDAR

Bacaan Ikrar

Johan Khemah Tercantik

Pasukan BSMM bertugas diketuai oleh YDP BSMM SDAR

Pemenang ...

Olahragawan SDAR

Acara Keraian oleh Rumah TEMENGGUNG... 
* Rumah Sukan YDP BSMM SDAR




0 comments :

Post a Comment