Selamat Datang Ke Blog PSS Sdar

Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Welcome To SDAR SRC Blog

School Resource Center, Dato' Abdul Razak School (High Prestige School First Cohort), Seremban, Negeri Sembilan

Perpustakaan Tun Hussein Onn

Tun Hussein Onn Library

Perasmian Blog PSS

Minggu Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Sekolah Dato' Abdul Razak

26 October, 2013

Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung : Puan Zainah Binti Ahmad Sisman ( Mantan Guru Penolong Kanan Kokurikulum 2011-2013)


Puan Zainah Binti Ahmad Sisman
Guru Sekolah Dato' Abdul Razak (1992-2013)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SDAR (2011-2013)

15 MAC 2013 - SEREMBAN - Sebuah majlis mengenang jasa seorang guru Sekolah Dato Abdul Razak telah diadakan di sini.Beliau juga merupakan seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum SDAR yang telah banyak menyumbang jasa dalam bidang pembangunan kokurikulum SDAR sehingga SDAR berjaya mencapai Anugerah Kokurikulum Terbilang SBP ketika HKSBP2013. Sebelum Puan Noraishah Binti Shariff ditugaskan untuk mengajar subjek Prinsip Akaun pada 2012, beliau merupakan guru tunggal yang mengajar subjek Akaun .Kini beliau telah ditugaskan untuk dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban yang bertapak di Komplek Kolej Tunku Kurshiah yang lama di Seremban.

Majlis ini telah diadakan dengan gilang gemilang bagi menghormati segala pengorbanan yang telah beliau sumbangkan selama dua puluh satu tahun di bumi SDAR ini.Pelbagai kata - kata nasihat yang diluahkan beliau sebagai penguat semangat bagi individu atau kumpulan yang kehilangannya.Beliau juga ada menyatakan hasrat ingin tidak memutuskan hubungan dengan SDAR dan tetap akan hadir ke SDAR untuk menghabiskan pengajaran subjek Akaun untuk kelas SPM.

Selepas mendengar ucapan beliau, satu montaj ditayangkan. Tayangan itu mengandungi kata kata rakan rakan guru beliau . Seterusnya,majlis disyahdukan lagi dengan persembahan nyanyian oleh sdr. Khairul Fahim dan sdr. Aiman.Seterusnya, sesi penyampaian hadiah berlangsung. Setiap organisasi meringankan tangan memberi hadiah buat kenang kenangan beliau.Majlis ditutup dengan kejutan pasukan sorak pelajar tingkatan empat dengan tema Boys of Gadut.

Gambar sekitar Majlis Berlansung

background majlis

Ketibaan yang diraikan

disambut dengan persembahan silat


di meja VIP

pembukaan persembahan Zapin

ucapan PN Zainah

Persembahan Nyanyian


Mohd Naim Bin Rani mempersembahkan hadiah kepada Pn Zainah

terowong


bersama kumpulan sorak