11 May, 2013

HARI TERBUKA ASRAMA (TERAS) SDAR 2013


13 April 2013-Seremban- Kawasan sekitar asrama SDAR kelihatan meriah hari ini dengan berlangsungnya Hari Terbuka Asrama SDAR 2013. Seluruh warga SDAR telah hadir bersama-sama bagi menjayakan program tahunan ini. Hari Terbuka Asrama SDAR 2013 kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, En Muhammad Fadhil Bin Ahmad, Yang Dipertua SDARA.

Persediaan untuk program ini telah bermula seawal hari Isnin sebaik sahaja selepas Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Ke-2 SBP Zon Selatan 2013 . Para pelajar telah bergotong royong membersih dan menceriakan asrama serta dorm masing. Persedian untuk gerai jualan pula telah bermula pada malam Sabtu. Program kali ini menyaksikan pertambahan gerai jualan oleh para pelajar.

Selain daripada gerai jualan oleh pelajar, aktiviti utama yang dijalankan ialah pertandingan memasak dodol dan kacang botak antara rumah. Guru-guru rumah sukan masing-masing dengan dibantu oleh para pelajar telah bekerjasama mengacau dodol dan menggoreng kacang botak.

Aktiviti lain yang dijalankan ialah pertandingan persembahan kebudayaan antara rumah, pertandingan nyanyian, pertandingan keceriaan dorm dan asrama, pertandingan tarik tali dan banyak lagi. Terdapat juga gerai-gerai permainan seperti permainan komputer, memanah dan rumah hantu. Tahun ini juga terdapat penampilan istimewa daripada Najwa Latif dan No Noise Percussions UITM.

Upacara perasmian penutup pula diadakan pada sebelah malamnya. Tuan Pengetua telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-penang pertandingan. Di dalam ucapan penutupan, Tuan Pengetua telah menyampaikan penghargaan dan tahniah kepada semua AJK yang terlibat bagi menjayakan program ini. Gimik perasmian penutupan ialah pertunjukan bunga api.

Tahniah sekali lagi kepada semua AJK Guru dan AJK pelajar yang telah berjaya merealisasikan Hari Terbuka Asrama SDAR 2013.
OPEN DAY 2013

 Yang Berbahagia, En Muhammad Fadhil Bin Ahmad, Yang Dipertua SDARA.


Tetamu Kehormat

Gerai Jualan

Guru-guru 'Memasak'


No Noise Percussions UITM

PERASMIAN


DORM PELAJAR



TAHNIAH!
Pemenang tempat pertama Pertandingan Dorm Terbersih Dan  Ceria

Najwa Latif




Bergambar bersama Najwa Latif

0 comments :

Post a Comment