02 September, 2013

Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung: Ustaz Tajul Azhar bin Harun dan En. Wan Mohd Arif bin Wan Mohd Zin


Ustaz Tajul Azhar bin Harun
(Guru Sekolah Dato' Abdul Razak 2005-2013)
(Mantan Guru Panitia Pendidikan Agama Islam)
En. Wan Mohd Arif bin Wan Mohd Zin
(Guru Sekolah Dato' Abdul Razak 2009-2013)
(Mantan Kaunselor SDAR)

 
30 Ogos 2013 - SEREMBAN -  Sebuah majlis mengenang jasa dua guru Sekolah Dato Abdul Razak telah diadakan di sini.Ustaz Tajul Azhar bin Harun merupakan seorang guru Panitia Pendidikan Agama Islam yang telah banyak menyumbang jasa dalam Pendidikan Agama Islam.Kini beliau telah menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan Islam dan Syariat Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala, En Wan Mohd Arif bin Wan Mohd Zin merupakan seorang Kaunselor Sekolah Dato' Abdul Razak.Kini beliau berpindah ke Sekolah Menengah Sains Tengku Faris Petra, Kelantan.

Majlis telah berlangsung dengan gilang-gemilang demi menghormati segala pengorbanan yang telah mereka sumbangkan selama ini di bumi SDAR. Walaupun En Wan Mohd Arif tidak dapat menghadiri majlis ini, tetapi majlis tetap berjalan seperti apa yag dirancang. Pelbagai kata - kata nasihat yang diluahkan oleh Ustaz Tajul Azhar sebagai penguat semangat bagi individu atau kumpulan yang kehilangannya.Beliau juga berhasrat untuk menyambung mengajar di SDAR selepas menamatkan pengajian di UKM. 

Selepas mendengar ucapan beliau, satu montaj ditayangkan. Tayangan itu mengandungi kata kata rakan rakan guru beliau . Seterusnya,majlis disyahdukan lagi dengan persembahan sajak yang disampaikan oleh sorang pelajar SDAR yang tidak asing lagi jika menyampaikan sajak iaitu, saudara Faiq Haikal. Selepas itu majis dihiburkan dengan nyanyian daripada saudara Haziq dan Eizzat Hilmi.Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah berlangsung. Setiap organisasi meringankan tangan memberi hadiah buat kenang kenangan beliau.


0 comments :

Post a Comment