02 September, 2013

JAMUAN HARI RAYA MERDEKA-RAYA DAN MALAM SEMARAK ANAK MERDEKA

30 Ogos 2013,SerembanSambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan pada malam 30hb Ogos 2013 bersekali dengan Sambutan Malam Semarak Anak Merdeka. Sambutan Hari Raya berkonsepkan rumah terbuka dimulai dengan pemberian duit raya kepada semua pelajar diikuti dengan jamuan raya. Menu kali ini adalah nasi lemak bersama ayam goreng berempah, satay ayam, mee hoon sup, lemang dan rendang serta cendol Songkok Tinggi yang dibawakan khas dari Jiboi. :p Majlis turut dimeriahkan dengan pesembahan pelajar.

Sambutan Malam Semarak Anak Merdeka dimulakan dengan gimik perasmian diikuti oleh persembahan pelajar daripada 4 buah rumah sukan. Penantian detik 12 malam dimulai oleh persembahan istimewa oleh pelajar ting 4 2013. Malam Semarak Anak Medeka juga dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.

Tahniah kepada semua AJK pelaksana dan semua pelajar SDAR terutama kepada pelajar ting 4.  Anda semua telah mengembalikan kegemilangan Semarak Anak Merdeka.


Gambar- gambar sekitar Jamuan Hari Raya Merdeka Raya 2013 dan Malam Semarak Anak Merdeka








0 comments :

Post a Comment