22 August, 2015

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Tahun 2015

Kami dari Perpustakaan Tun Hussein Onn, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) ingin mengucapkap Selamat Menyabut Bulan Kemerdekaan Tahun 2015. 

Apakah itu Kemerdekaan Malaysia?

Tanggal 31 Ogos 2015 merupakan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia ke 58. Pada tahun ini "Sehati Sejiwa" dipilih menjadi tema hari kemerdekaan yang  mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. 
Pada tahun ini juga, sambutan kemerdekaan negara Malaysia tidak lagi menggunakan ungkapan"Hari Kemerdekaan ke 58"  tetapi hanya "Hari Kemerdekaan 2015"  untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada tarikh 16 September 1963 (Hari Malaysia) manakala 31 Ogos 1957 hanya melibatkan Semenanjung sahaja.
"Sehati Sejiwa" bermaksud bersatu hati dalam perpaduan antara negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Ianya juga turut membawa maksud bersama saling memahami dan membantu antara satu sama lain.

▲Logo Tema Kemerdekaan Malaysia Tahun 2015

0 comments :

Post a Comment