22 February, 2012

Jasamu DIkenang Budimu Disanjung : Cik Mariana Binti Najmudin (Mantan Guru Perpustakaan Dan Media 2005 - 2011)

Mariana Binti Najmuddin
(Guru Sekolah Dato Abdul Razak 2000 - 2011)
(Guru Perpustakaan Dan Media 2005 - 2011)

03 FEBRUARI 2012 - SEREMBAN - Sebuah majlis mengenang jasa seorang guru Sekolah Dato Abdul Razak telah diadakan disini. Beliau juga merupakan Guru Perpustakaan dan Media yang telah banyak menyumbang jasa dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah selama ini. Kini beliau berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran ( Guru Ketua Bidang Bahasa ) di Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor .

Majlis ini telah diadakan dengan gilang gemilang bagi menghormati segala pengorbanan yang telah beliau sumbangkan selama satu dekad di bumi SDAR ini. Majlis penghargaan kepada guru PMR juga dijalankan serentak sebelum Majlis ini. Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung ini juga turut menyambut perpindahan Ustza Zaidi Bin Hussin dan Puan Norlinda Binti Nordin

"Inilah mungkin kali perama dan terakhir sensei jadi VIP kat dalam dewan Tun Abdul Razak ni" Ungkapan awal yang diberikan ketika beliau menyampaikan ucapannya. Pelbagai kata - kata nasihat yang diluahkan beliau sebagai penguat semangat bagi individu atau kumpulan yang kehilangannya. Katanya kalau dah lama tak naik basikal bila kita cuba nak naik kita pasti rasa kekok. Hal ini disebut kerana beliau terpaksa menerima bebanan mengajar matapelajaran bahasa melayu yang bukan dalam bidangnya.

Selepas mendengar ucapan beliau, satu montaj ditayngkan. Tayngan itu mengandungi kata kata rakan rakan guru beliau . Selepas itu majis dihiburkan dengan nyanyian Cik Shazreen Binti Azmi dan Mohamad Haziq Aliman dengan lagu Perpisahan ini. Penyampaiannya agak begitu Syahdu kerana Miss Shazrenn merupakan kawan rapat Sensei di SDAR. Seterusnya, sesi penyampaian hadiah berlansung. Setiap organisasi meringankan tangan memberi hadiah buat kenang kenangan beliau. Majlis itu ditutup dengan nyanyian Lagu Mirae yang menyentuh hati beliau sehingga basah tudung beliau dengan air mata kegembiraan

Gambar Sekitar Majlis Berlansung 

Background Majlis


Sensei di kerusi VIP

Ucapan yang menyentuh hati

Air mata yang penuh makna.

Arigatou Gozaimasu Sensei
Sayonara !!!

0 comments :

Post a Comment