24 April, 2012

Program Jalinan Di Arkib Negara

PROGRAM JALINAN : ARKIB NEGARA



19 April 2012 (Khamis), satu program jalinan telah diadakan antara SDAR dengan Arkib Negara Malaysia. Program jalinan ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan kerjasama dan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. Program ini secara tidak langsung dapat mendedahkan pelajar dengan sumber-sumber pensejarahan yang terdapat di dalam negara kita di samping menjana idea pelajar tentang sejarah negara kita.


RASIONAL


Program ini amat penting untuk perkembangan ilmu seseorang murid. Usaha memberikan pendedahan kepada murid tentang maklumat yang berkaitan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan sumber warisan Negara kita seterusnya mendorong golingan ini menjadi golongan yang menghargai sejarah Negara dan bangsanya sendiri. Ini adalah salah satu cara untuk membentuk jati diri dalam diri pelajar selaras dengan perkembangan negara masa kini. Malah program ini dapat mendukung dan merealisasikan aspirasi negara menuju Wawasan 2020.


OBJEKTIF


2.1  Meningkatkan konsep kendiri para pelajar yang bergelar pemimpin.
2.2  Membantu pelajar memahami pemeliharaan dan pemuliharaan sumber sejarah dibuat.
2.3  Membentuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan menjaga warisan bangsa dan negara kita
2.4  Menjana perkembangan emosi, rohani, intelek dan jasmani di kalangan pelajar secara positif.


Sepanjang program ini dilaksanakan, layanan yang diberikan oleh pihak arkib amat baik. Setelah sampai sahaja di arkib, barisan SDAR telah disambut oleh pegawai arkib iaitu Datin Mahizah Bt Abd Malik dan Pn Shazana. Jamuan pagi disediakan kepada pelajar SDAR di kafetaria. Selesai bersarapan, pelajar dipertontonkan dengan video mengenai darurat dan kubu hutan. Mini kuiz diadakan dan ramai pelajar berebut memberi jawapan termasuklah Pn Zalita yang merupakan peserta pertama yang menjawab soalan kuiz. (kuiz untuk guru ke atau untuk pelajar?) kemudiannya pelajar dibawa melihat demontrasi bagaimana sesebuah bahan dibaikpulih dan disimpan. Setelah selesai, pelajar dibawa ke Dewan penyelidikan dan diberi penerangan oleh En Faiz Bin Ismail. Pelajar turut melawat perpustakaan di dalam bilik penyelidikan tersebut. Akhir sekali, majlis penyampaian cenderamata antara kedua-dua pihak dijalankan sebagai penghargaan kepada pihak arkib yang banyak membantu pelajar SDAR dalam menjalankan penyelidikan pada tahun-tahun sebelum ini dan diharapkan lawatan ini sebagai satu titik permulaan kepada kerjasama yang akan datang.


Berikut gambar - gambar ketika lawatan
Menaiki bas

Berjalan menuju ke Menu Utama Arkib

Menjamu selera di Kafeteria

Sesi penerangan oleh YB Datin Mahizah


Ahli rombongan di  Auditori Arkib Negara


Sesi Tayangan Dokumentari Sejarah "DARURAT" & "KUBU HUTAN" 


Sesi Kuiz 


 Antara pelajar yang menerima cenderamata
Demonstrasi Menyimpan Bahan Lama

Zulfadhli mencuba

 Sesi Penutupan


Sumbangan kepada Arkib Negara

Sumbangan kepada SDAR

Bergambar di hadapan papan tanda Dewan Penyelidikan

 Selamat Tinggal Arkib Negara

0 comments :

Post a Comment