Selamat Datang Ke Blog PSS Sdar

Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Welcome To SDAR SRC Blog

School Resource Center, Dato' Abdul Razak School (High Prestige School First Cohort), Seremban, Negeri Sembilan

Perpustakaan Tun Hussein Onn

Tun Hussein Onn Library

Perasmian Blog PSS

Minggu Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Sekolah Dato' Abdul Razak

17 March, 2013

Jasamu Dikenang Budimu Disanjung:Puan Salmiah Binti Mohd Ali (Mantan Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan 2011-2012)


 Salmiah Binti Mohd Ali
(Guru Sekolah Dato Abdul Razak 2000 - 2011)
(Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan 2011-2012)

15 MAC 2013 - SEREMBAN - Sebuah majlis mengenang jasa seorang guru Sekolah Dato Abdul Razak telah diadakan di sini.Beliau juga merupakan seorang Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan yang telah banyak menyumbang jasa dalam bidang kemanusiaan terutamanya subjek Sejarah.Kini beliau telah bersara.

Majlis ini telah diadakan dengan gilang gemilang bagi menghormati segala pengorbanan yang telah beliau sumbangkan selama lebih kurang satu dekad di bumi SDAR ini.Pelbagai kata - kata nasihat yang diluahkan beliau sebagai penguat semangat bagi individu atau kumpulan yang kehilangannya.Beliau juga ada menyatakan hasrat ingin menyambung mengajar di SDAR sebagai guru kontrak.tetapi apakan daya,Allah tidak mengizinkan beliau untuk berbuat demikian kerana beliau disahkan menghidap kanser.

Selepas mendengar ucapan beliau, satu montaj ditayangkan. Tayangan itu mengandungi kata kata rakan rakan guru beliau . Seterusnya,majlis disyahdukan lagi dengan persembahan sajak yang disampaikan oleh sorang pelajar SDAR yang tidak asing lagi jika menyampaikan sajak iaitu,Izzat Fiqri. Selepas itu majis dihiburkan dengan nyanyian Cik Shazreen Binti Azmi,Izzat Fiqri dan Haziq.Seterusnya, sesi penyampaian hadiah berlangsung. Setiap organisasi meringankan tangan memberi hadiah buat kenang kenangan beliau.Majlis ditutup dengan pergerakan beliau ke kantin untuk jamuan.Seluruh pelajar SDAR membuat terowong untuk mengiringi beliau.Beliau dan guru-guru perempuan yang lain berpelukan sebentar sebelum bergerak untuk ke kantin.Hal ini membuatkan beliau menangis teresak-esak.

Gambar Sekitar Majlis Berlangsung


Background Majlis


Ketibaan yang Diraikan


Pn Salmiah di Kerusi VIP


 Ucapan yang Menyentuh Hati


Izzat Fiqri Mendeklamasikan Sajak yang Penuh Syahdu


Cik Shazreen Memberikan Sekuntum Bunga Ros Kepada Pn Salmiah


Air Mata yang Penuh Makna


TERIMA KASIH CIKGU SALMIAH.
SELAMAT TINGGAL.





                                                     

06 March, 2013

Filem Islami Di Malaysia : Realiti Atau Fantasi


Dalam satu program BICARA di tv al Hijrah di mana saya menjadi salah seorang ahli panel, pengacaranya saudara Amin Idris telah bertanya kepada saya sejauh mana fenomena filem Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih di Indonesia memberi kesan atau impak kepada minat para penerbit filem di Malaysia untuk menerbitkan filem bergenre islami selepas itu. Saya akui begitu berharap selepas fenomena kedua filem tersebut, akan berlaku satu anjakan paradigma pada para penerbit di Malaysia untuk mencuba dan meneroka genre filem islam di Malaysia. Namun ternyata ianya tidak berlaku.
Penerbit kita sejak lebih 10 tahun yang lalu masih terus kemaruk dengan cerita-cerita hantu yang penuh dengan elemen kurafat dan lawak slapstik yang tidak menjadikan khalayak penontonnya lebih cerdik atau berjiwa besar daripada sebelumnya. Kejayaan filem di Malaysia seolah-olah diukur kejayaan dan kemasyurannya hanya pada jumlah kutipan box office yang mereka perolehi. Soal mutu dan kandungan seolah-olah jatuh nombor dua atau tiga.
Kejayaan filem Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih sebenarnya adalah hasil daripada perjuangan para pengkarya genre islami di Indonesia sejak 40 tahun dulu di mana ianya dimulakan dengan penerbitan filem Di Bawah Lindungan Kaabah (1978). Filem arahan Asrul Sani ini adalah adaptasi daripada novel agung Prof Hamka. Banyak filem-filem genre Islami diterbitkan selepas itu dan kebanyakkannya adalah merupakan adaptasi novel. Tema cinta dan perjuangan wali Songo paling banyak diterbitkan. Namun pada tahun hujung 80an industri filem Indonesia mengalami kejatuhan mendadak akibat kemasukan terlalu banyak filem-filem barat dan Hong Kong. Sebagai perbandingan pada 1990 Indonesia menghasilkan 115 jodol filem tapi pada 1993 jumlah itu jatuh kepada hanya 37 judul filem sahaja. Dan jumlah itu terus merosot.
Namun kebangkitan semula filem indonesia berlaku semula apabila terbitnya filem Ada Apa Dengan Cinta (2002) yang meletup dipasaran. Kejayaan filem ini mendapat box office memberi semangat baru pada industri filem di Indonesia untuk menghasilkan filem bertemakan cinta remaja. Usaha mereka ini berjaya apabila filem-filem bertemakan cinta remaja dengan bersandarkan artis popular saperti Dian Sastrowidoyo, Archa Septriasa, Nicholas Sasputra dan lain-lain meletup di pasaran.

Para penerbit genre islami Indonesia juga tidak ketinggalan untuk mengambil kesempatan pada kebangkitan semula  itu. Filem Ayat-Ayat Cinta (2008) yang diadaptasi daripada novel popular Ustaz Habiburrahman berjaya menawan hati penonton. Begitu juga dengan filem kedua Ketika Cinta Bertasbih (2009) juga daripada adaptasi novel Habiburahman terus mendapat sambutan box office dan menjadi fenomena di Indonesia. Di celah-celah dua jodol filem islami tersebut, juga ada banyak lagi filem genre islami dan dakwah yang muncul selepas kebangkitan baru yang dimulakan oleh filem Ada Apa Dengan Cinta itu. Antaranya ialah Sang Murabi, Sang Pencerah, Mengaku Rasul, Perempuan Berkalong Sorban, Kiamat Sudah dekat, Laskar Pelangi, Syahadat Cinta, Nenek Mahu Naik Haji, 3 Doa 3 Cinta dan banyak tajuk lagi. Jumlah ini makin meningkat dari tahun ke tahun. Antara yang terbaru ialah re-make Di Bawah Lindungan Kaabah (2011) arahan Hanny R Saputra yang neruoakan antara filem termahal dalam sejarah perfileman Indonesia.
Kebangkitan filem genre islami dan dakwah di Indonesia adalah hasil daripada benih yang mereka tanam dan bajai sejak 40 tahun dahulu. Mereka kini sedang menikmati buah daripada hasilnya. Sepanjang tempoh 40 tahun itu sudah tentu ada jatuh bangun serta jaya dan gagalnya usaha mereka. Tetapi pengkarya genre islami di Indonesia tidak pernah berputus asa untuk mencari formula yang terbaik dalam menghasilkan filem genre Islami yang terbaik.
Mampukah kita hari ini di Malaysia menghasilkan filem genre Islam saperti di Indonesia?
Walaupun mungkin ada yang menyebut filem Melayu Sumpah Semerah Padi (1956)  dan Syukur 21 (2000), 7 Petala Cinta (2012) adalah filem genre islam Malaysia namun kita sebenarnya masih ketinggalan jauh di belakang Indonesia.
Menghasilkan sebuah filem Islami juga harus dilihat dari sudut kandungan dan pengisian mesejnya juga. Filem Islami adalah filem yang menjadikan islam itu sebagai teras cerita atau mesejnya bukan ditempel-tempel dalam penceritaannya semata.
Kita memerlukan para pengkarya terutamanya dari kalangan penulis skrip yang mempunyai fikrah Islam untuk menerajui penerokaan dan penerbitan filem genre islami ini saperti mana Indonesia mempunyai penulis skrip berwibawa saperti Habiburrahman.
Kita harus mulakan daripada sekarang supaya hasilnya nanti boleh dinikmati mungkin 30 atau 40 tahun akan datang.  Jika kita gagal merangka blue print daripada sekarang maka saya berani menyatakan bahawa penerbitan dan penghasilan  filem genre islami di Malaysia buat masa ini masih sebuah fantasi dan jauh dari realiti. Apatah lagi penerbit filem di Malaysia masih menimbang kemungkinan menerbitkan filem genre islam atas pertimbangan komersial dan bukannya sebagai satu tanggungjawab atau usaha dakwah.
Zabidi Mohamad merupakan seorang penulis skrip terkenal di Malaysia. Beliau banyak menghasilkan skrip untuk drama-drama islami tempatan. Layari blog beliau di http://zabidiskrip.blogspot.com

21 February, 2013

Keputusan Penuh Pertandingan Menulis Esei Sejarah 2012


Dapatkan keputusan penuh pertandingan menulis esei sejarah malaysia 2012. Klik gambar .

Gotong - Royong Perdana

5 JANUARI 2013 - SEREMBAN - Pada 5 Januari 2013 Pengawas Perpustakaan Sekolah Dato' Abdul Razak telah sama-sama menjalankan satu gotong-royong untuk mengemas dan membersihkan Perpustakaan Tun Hussein Onn (PTHO). Para Pengawas PSS telah berkumpul dan gotong - royong dimulakan. Setiap Pengawas PSS diberi tugas masing-masing dan menyentuh seluruh kawasan di PTHO. Semua Pengawas PSS menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dibawah pengawasan Penyelaras Biro 3K iaitu Mohamad Khairul Ikhmal b, Jaafar (Naib Pengerusi II). Guru Perpustakaan dan Media turut menyumbang tenaga dalam aktiviti ini.

memasang skirting meja

menyiapkan pemasangan wallpaper

tekun melaksanakan tugas yang diamanahkan


GPM turut meluangkan masa bersama

membersihkan bilik Red Spot yang telah ditukar taraf

mengalihkan susun letak almari
Kerja-kerja selesai pada jam 12:30 tengah hari. Semua Pengawas PSS telah berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Terima kasih kepada GPM, Pn. Zalita bt Md Lassim, yang telah meluangkan masa bersama dan juga  Pengawas PSS yang telah memberi kerjasama. 




                                         

01 February, 2013

Kejohanan Merentas Desa SDAR 2013

Sabtu, 2FEBRUARI 2013 - Kejohanan Merentas Desa yang merupakan aktiviti tahunan sekolah. Pada tahun ini, kejohanan ini sekali lagi diadakan bagi menilai tahap ketahanan dan stamina para pelajar. Para peserta dilepaskan mengikut  kelas 1, kelas 2 dan kelas 3 oleh Tuan Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Zakaria b Md. Zin. Kelas 1 melibatkan pelajar tingkatan 4 & 5, kelas 2 pelajar tingkatan 2 & 3 serta kelas 3   pelajar tingkatan 1. Laluan untuk kejohanan pada tahun ini adalah sejauh 8 kilometer. Para peserta mula dilepaskan pada jam 8:15 pagi. Dimalakn oleh kelas 2, kelas 3 seterusnya kelas 1.

Sebelum Memulakan Larian


Ketika Larian













Selepas Larian
Bendahara

Laksmana

Temenggung

Syahbandar


Kejohanan telah diteruskan dengan acara penyampaian cenderamata dan hadiah. Kejohanan ini telah diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SDAR, Tuan Haji Ramly bin Khairudin. Cenderamata telah diberikan kepada anggota polis Balai polis Senawang yang telah mebantu melancarkan perjalanan kejohanan. Seterusnya, pingat telah diberikan kepada para peserta yang berjaya menghabiskan larian mengikut kelas. 
Piala Yang Menjadi Rebutan








Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pihak yang terlibat menjayakan Kejohanan Merentas Desa SDAR 2013.



Majlis Watikah Pelantikan Organisasi Sekolah 2013

Jumaat, 1 FEBRUARI 2013- Sebuah majlis bagi melantik Jawatan Kuasa Organisasi Sekolah bagi tahun 2013  telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Zakaria bin Md. Zin. Majlis ini diadakan bagi melantik Ahli Jawatan Kuasa Organisasi tertinggi Sekolah secara rasmi. Pelantikan ini telah melibatkan Ketua-ketua kelas bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 5, Briged Bestari, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi, Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani (BADAR) dan Jawatankuasa Rumah Sukan.Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru penyelaras majlis, Pn. Zalita bt Md Lassim serta guru-guru yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Majlis bermula pada jam 11:00 pagi dan tamat sekitar jam 12:00 tengahari.



Para Penerima Watikah Pelantikan



Majlis diteruskan pula dengan bacaan ikrar oleh para penerima watikah pelantikan. Bacaan ikrar ini diketuai oleh Saudara Mohamad Hafiz b Mohamad Akbal selaku Presiden BADAR 2013. Seterusnya, ikrar yang telah dibaca diesrahkan kepada Tuan Pengetua Cemerlang SDAR. 

Jawatan Kuasa Organisasi Tertinggi Sekolah sesi 2013

Bacaan Ikrar Diketuai Oleh Saudara Hafiz