Selamat Datang Ke Blog PSS Sdar

Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

30 June, 2013

Hari Olahraga Tahunan SDAR Ke-53 (HOTS)

29 Jun 2013 , Sabtu - Hari Olahraga Tahunan SDAR (HOTS) ke-53 2013 telah berlangsung di padang SDAR dengan jayanya hari ini. HOTS ke-53 ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Cik Azura Bt. Hj. Sarbin .                                                HOTS ke-53 dimulakan dengan...

27 June, 2013

Jasamu Dikenang Budimu Disanjung: En. Mohd Syukor Bin Abdullah

Encik Mohd Syukor Bin Abdullah(Guru Kanan Bahasa Perancis SDAR 2011-2013) 2013 - SEREMBAN - Sebuah majlis mengenang jasa seorang guru Sekolah Dato Abdul Razak telah diadakan disini. Beliau kini telah berpindah dan meneruskan perkhidmatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Said, Nilai. Beliau merupakan guru Bahasa Perancis di SDAR bermula tahun 2011 hingga 2013.       Majlis perpisahan itu dihadhiri oleh Tuan Haji Zakaria...

13 June, 2013

HANYA KAU DAN AKU

“Lalu ada siapa?” Mamat tahu langit yang akan ditatapnya esok, tetap akan sama dengan langit yang ditatapnya sekarang. Kalau berbeza sekalipun, mungkin larik-larik awan. Entah mengapa angin hari ini kuat. Mungkin angin kuat itu juga yang menjadi berus langit, mewarnanya dengan awan. Ah, itu logik Mamat. Logik orang kampung. “Kalau hanya aku? Mengapa?” Murni tidak pernah berasa seperti ini. Tangannya sesekali berasa sejuk, seperti kurang darah. Digosok-gosok tapak tangannya, semoga darah kembali ke situ. Tidak tahu Murni atas sebab apa dia...

TIPS SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN

‘Guess if you can, choose if you dare.’ -Pierre Corneillie- Roda waktu tak pernah menunggu, ia akan pergi dan terus berlalu. Tiada apa yang ada pada usia melainkan hanyalah detik-detik kehidupan yang semakin berkurang. Pertambahan umur membuatkan manusia semakin matang secara teorinya. Namun adakah perkara itu merupakan suatu realiti secara praktikal? Manusia. Mereka dikurniakan akal. Namun sejauh mana mereka memanfaatkannya? Sejauh mana akal itu digunakan berbanding emosi yang menjadi pilihan? Berbicaranya daku bukan kerana apa, kerana...

SABAR MENGHADAPI UJIAN PENENTU MASA HADAPAN

Mengapa ada ujian dalam kehidupan? Sebenarnya ujian merupakan lumrah dalam kehidupan. Jika kita menghendaki sesuatu yang kita sukai perlu kita berusaha menggapainya. Dalam pada itu, kesempitan, kesukaran dan berbagai rintangan perlu ditempuhi untuk memenuhi cita-cita kita itu. Lebih-lebih lagi apabila kita mengharap redha Allah yang tiada tandingan jika hendak dibandingkan dengan apa jua bentuk kenikmatan. Namun, ujian di dunia sebenarnya bersifat sementara dan hanya untuk menilai tahap kesabaran manusia. Allah berfirman: “Dia lah yang telah...

01 June, 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

23 Mei 2013 - Seremban -  Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi sesi 2013. Majlis ini telah dijalankan bagi menyambut Hari Guru ( 16 Mei 2013 ) yang telah lepas bagi mengenang jasa guru-guru yang banyak mengorbankan keringat bagi meningkatkan prestasi pendidikan warga pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak. Tema pakaian guru sewaktu majlis berlangsung ialah "Bollywood".Majlis telah...